Kebiasanya kita menjawab...
- kerana suruhan TUHAN. Dia pencipta yg Maha Berhak di sembah
- solat itu TIANG agama
- termasuk dalam RUKUN Islam, kalau x solat maka kita takda bezala kita dengan orang bukan Islam
- sebab dari kecik2 mak/ayah PUKUL ATAU MEMBEBEL kalau x solat
- selalu ikut ayah pergi MASJID
- budak sekolah kata sebab ustaz kata solat tu WAJIB. tak buat, dapat DOSA
- adik kata sebab kakak TEGUR, jadi solat la sebab malas nak dengar dia kasi ceramah
- sebab TENGOK kawan solat, so aku pun solat la
- sebab kalau x solat, mencari nahas masuk API NERAKA
- sebab lepas solat, boleh BERDOA minta apa yg dihajati
Kadang2 kita menjawab....
- sebab nak dapat PAHALA, kumpul untuk timbangan di AKHIRAT. buat jahat dapat dosa. Kalau x cari pahala, bagaimana timbangan kita kelak?
- sebab solat bantu AMAR MAKRUF nahi mungkar
- sebab nak jaga IMAN, hubungan dengan Allah
- sebab lepas solat bole berdoa memohon KEAMPUNAN Tuhan
- sebab kalau x solat, mampukah kita nak QADA' semua solat yg kita tinggalkan jika tunggu umur da 50, 60-an baru nak solat?
- sebab dah TUA, rumah kata pergi kubur kata mari! (habis, muda2 x perlu solat kah? Nak tunggu nak mati baru solat?
- sebab kita golongan akhir zaman, tanda2 besar QIAMAT sudah ada, sejauh mana kita masih leka dengan perkara duniawi
Jarang2 sekali kita menjawab
- sebab dalam solat ada SYAHADAH. Kalau x solat, x syahadah 1 hari?? jadi sejauh mana keIslaman kita hari ini?
- sebab solat tu bole mengingatkan PERBEZAAN kita dengan orang yg dah meninggal, bahawa kita masih ada masa untuk menambah pahala dan meningkatkan iman
- sebab melalui solatlah, sekurang2nya dpt mengingatkan kita untuk berdoa dan BERSEDEKAH pahala kepada ibu bapa kita, datuk nenek kita dan saudara-mara kita yg telah berada di alam barzakh. Di dunia bukan main kita kata kita sayang ibu bapa kita, tp kalau mereka sudah tiada, sejauh mana kita menunjukkan kasih sayang kita?
- sebab melalui solat, dapat melepaskan KERINDUAN pada Allah
- kerana ikhlas untuk mendapat KEREDHAAN-NYA
Sudah ramai orang barat membuat kajian berkaitan solat, dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk memeluk Islam. Sedangkan kita yg dilahirkan sebagai seorang Islam masih lagi meringan-ringankannya. Memang benar, sesiapa yg bergelar Islam, Allah telah janjikan syurga pada setiapnya. Namun, mahukah kita menjadi golongan yg terakhir masuk ke syurga? WallahuAlam. fikir2kan lah.
Walau apa pun jawapan anda...kita sudah tidak mampu tepuk dada tanya selera. Solat bukan la suatu perkara yg kita lakukan jika kita teringin, atau jika kita ada mood. Tapi solat itu adalah AMANAH dari PENCIPTA kita, ALLAH Subhanahu Wa Taala. Sebagai manusia, atau dengan lebih spesifik INSAN (yg bermaksud yg LUPA), jika kita diingatkan tentang bersolat maka bersegeralah kita melakukannya sebelum terlambat. Lagipun, sifat lupa ini adalah sifat yg lemah...maka sebagai pelupa yg lemah, kita sama sekali tidak boleh sombong kepada Pencipta kita.
IsyaAllah. Sesamalah kita...
No comments:
Post a Comment