Friday, June 1, 2007

MENYINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI

jangan kau angkuh melaungkan...
si dia kepunyaanmu

atau kau kepunyaan si dia
kerana hakikanya
kita tidak pernah memiliki sesiapa
walau sekeping hati seorang insan
tidakkah kau sedar
hukum alam menyatakan
menyintai tidak semestinya memiliki

manusia pandai berpura
berlakon di pentas dunia
dan bertopeng menutup rahsia
tetapi hati
tidak pernah berdusta pada empunya
tentang perasaan yang bergolak di dalamnya

tidakkah kau sedar
mungkin si dia melafazkan
ungkapan cinta padamu
tetapi hati dan perasaannya
tidak pernah berniat bagitu
dia hanya berselindung
di sebalik sejuta alasan

dan kau
begitu jujur dan setia menyintainya
sehingga terlupa
hukum alam menyatakan
menyintai tidak bermaksa memiliki

sesungguhnya
aku tidak pernah memiliki dirimu
dan kau jua tidak pernah memiliki diriku

mengertilah
kita sebenarnya kepunyaan
Yang Maha Esa
tidak sesiapa berhak memiliki diri kita
kecuali Dia
Dia mengasihi hambaNya
Dia memiliki hambaNya
dan kepangkuan Dia kita akan dikembali




ikhlas, 'aisyah ruslan